Tuesday, June 1, 2010

Mengapa Allah masih belum bagi kemenangan kepada umat Islam???


Sama-sama kita muhasabah diri kita... Kita berdoa & minta dari Allah tapi dalam masa yang sama kita bermaksiat kepada Allah..

Ada di antara kita, mengutuk Yahudi tapi dalam masa yang sama bercouple, bergaul bebas tanpa batasan dengan yang bukan muhram.. Bersentuhan & berpegangan tangan..

Sedar atau tidak, kita banyak membazir sedangkan saudara kita di Al-Quds, betapa susahnya mereka untuk mendapatkan sesuap makanan..

Kita hanya berkata bahawa rakyat Palestin itu saudara kita tapi APA YANG KITA DAH LAKUKAN UNTUK BANTU MEREKA???

Nak doa & baca qunut nazilah setiap kali solat/selepas solat pun susah..

Kalau tak tahu baca dalam bahasa Arab, tiada masalah kalau doa dalam bahasa melayu selepas solat..

Yang penting kesungguhan & keikhlasan kita dalam berdoa..

Nak boikot barangan Israel pun susah sedangkan saudara kita di Al-Quds sedang bermati-matian menentang Yahudi laknatullah..

Sedar tak sedar, banyak barangan Yahudi yang kita guna setiap hari - NESTLE, McDONALD, COCA COLA, L'OREAL, DANONE, DISNEY, SARA LEE . Maka, mulai hari ini, BOIKOTLAH BARANGAN ISRAEL!!!

No comments:

Post a Comment