Tuesday, October 5, 2010

Masa itu Kehidupan

Sudah lama saya tak update blog ni.. dah bersawang pun blognya..

Pejam celik pejam celik dah nak hujung tahun.. banyak perkara yang berlaku 3 - 4 bulan kebelakangan ini yang tak mungkin dapat saya kisahkan satu persatu di sini..

Baru-baru ini adik saya yang belajar di Egypt telah pulang untuk tahun kedua. We all here really miss u. Saya sangat berharap agar segala urusan beliau berjalan lancar..

Muhammad Ziyad, anak soleh penyejuk mata & penenang hati ummi & abi dah semakin membesar.. Saya & suami sangat berharap agar bukan fizikalnya sahaja membesar tapi turut akal & akhlaknya membesar dengan sihat dalam lindungan Allah SWT.

Sekarang, Ziyad dah boleh menyebut one until ten, ABC until Z without missing any number or letter. Skrg dia tengah melengkapkan bacaan huruf hijaiyahnya yang masih ada beberapa huruf yang belum boleh disebut/diingat dengan baik. Sudah pandai mengucap kalimah syahadah & menghafaz alFatihah (walaupun dalam versi pelatnya sendiri). Rajin minta dibacakan story books & menulis.

Satu lagi perkara yang masih perlu dipraktikkan padanya ialah - stand/sit still in any event or crowds. Ziyad sangat aktif dan otaknya sentiasa berfikir tentang apa aktiviti yang boleh dia buat selain duduk diam je. Cuma yang perlu diterapkan sekarang pada dia ialah adab dalam majlis. A bit difficult i think for a active boy like him..

Till then.. hope to write again very soon.. =)