Tuesday, November 10, 2009

udang goreng tepung


bismillah..

salam semua..

saya rancang nak masak udang goreng tepung untuk lunch hari ni kerana anak saya sangat gemar makan udang. bila nak start masak, sedar-sedar tepung kentucky untuk goreng udang dah habis daa.. so, kena fikirkan resepi lain laa.

saya decide nak masak udang goreng tepung jugak tapi guna resepi saya sendiri. ini resepinya :

25 ekor udang sederhana besar
1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung naik sendiri
1/2 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos tiram
garam
madu

gaulkan semua bahan tersebut dan goreng.

hmm, rasanye not bad. gambar di atas hanya sekadar hiasan.

sehingga jumpa lagi.


Monday, November 9, 2009

Lawatan ke Kedai Buku

bismillahirrahmanirrahim..

kelmarin, saya ke kedai buku. sebenarnya nak carikan kad imbas 'flashcard' huruf al Quran utk si kecil, tapi tak jumpa. susah betul nak cari flashcard huruf/kalimah alQuran. selepas cari2 x jumpa, akhirnya belikan juga 3 buah buku untuk si kecil supaya dia tak kecewa sangat. bila naik kereta, terus dia minta bacakan story book dia 'Bambi'..

pengurus kedai tu kata, bagus kenalkan anak dgn buku dari awal usia supaya nanti dia akan cinta pada buku.. YA, mmg itulah yang saya & suami cuba perkenal dan terapkan kepada buah hati kami. kalau ikut perancangan kami every month at least bawa dia ke kedai buku & beli buku minimum sekali. dah banyak dah koleksi bukunya tapi jangan dibuat koleksi sahaja. sebagai abi & ummi, kita lah yang perlu ajarkan, dampingi mereka untuk belajar dan merasa seronok untuk terus gigih belajar.

si kecil muhammad ziyad ni sekarang sudah pandai, kalau dia nak minta kita bacakan buku, dia akan datang & tunjukkan buku yang dia nak dibacakan. now, story book kegemarannya adalah story book 'clever rabbit & the lion', hadiah dari mak ngahnya.. asyik2 minta saya bacakan buku tu.

sudah pandai mengajuk perkataan2 yg kita sebut cthnya, mama, baba, dada, jaja, tata, nana, book, ball, dog, duck, car, cat, sut. pandai buat bunyi cat, duck, lion & bird. so sweet.

kalau saya tinggalkan dia dalam biliknya bersama buku2nya, dia akan mula membaca dgn gayanya yg tersendiri. tidak tahu apa yg dibebelkan tapi yang pasti dia sedang meniru pelakuan saya membaca buku. dalam peringkat umur sekarang, kanak2 memang suka dan akan meniru setiap perbuatan yang dia lihat dari orang sekeliling.

jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu tunjukkan teladan atau contoh yang terbaik untuk anak-anak kita. kalau ibu bapa suka bergaduh/bercakap kasar di hadapan anak-anak, itulah yang akan ditiru oleh mereka. tetapi, jika ibu bapa selalu membaca alQuran, buku & bercakap dgn sopan di hadapan anak-anak, itulah yang mereka pelajari dan akan dipraktikkan bila mereka bergaul dengan masyarakat kelak.

peranan ibu bapa & ahli keluarga sebenarnya amat penting dalam mendidik anak-anak kita secara tidak langsung. keluarga adalah sekolah pertama anak-anak kita, dari dalam keluarga atau rumahnya dia akan belajar cara bertutur, akhlak yang baik & buruk dan pelbagai lagi aturan yang sangat penting untuk dia di masa hadapan. jadi, ibu bapa perlulah mengawal & memantau perkembangan anak-anak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi rohani, sahsiah & sosioemosi mereka. kawal apa yang anak kita baca dan tonoton. dengan siapa mereka bergaul dan apa aktiviti yang mereka lakukan bersama kawan-kawan.

insya Allah, jika ada kawalan dan pemantau yang baik daripada ibu bapa, anak-anak akan rasa dipedulikan, dihargai dan disayangi oleh ibu bapa. jangan sesekali biarkan anak anda melakukan perkara-perkara tanpa bimbingan & perhatian daripada ibu bapa. Allahu a'lam..