Tuesday, June 1, 2010

Kuatkan Semangat Juangmu, wahai pejuang agama Allah


  • Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia, Allah taala tahu betapa keras kau sudah berusaha.
  • Ketika kau sedang menangis dan hatimu terasa pedih, Allah taala telah menghitung air matamu..
  • Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menghitung sesuatu dan waktu terasa berlalu sahaja…Allah sedang menunggu di sampingmu.
  • Ketika kau fikir kau telah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, buntu fikiranmu..Allah mempunyai jawapannya.
  • Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal… dan kau merasa tertekan, Allah sentiasa bersamamu, hadirnya menenangkanmu.
  • Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu
  • Ketika sesuatu berjalan dengan lancar..dan kau ingin sekali mengucapkan syukur, Allah pun memberkatimu
  • Ketika sesuatu yang indah terjadi dan jiwamu dipenuhi ketakjuban…Allah akan tersenyum kepadamu
  • Ketika kau punyai tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah telah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu yang indah..
  • Oleh itu ingatlah wahai insan yang bergelar pejuang agama tuhan, di mana pun kau berada, Allah mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

No comments:

Post a Comment