Tuesday, June 1, 2010

Mengapa Allah masih belum bagi kemenangan kepada umat Islam???


Sama-sama kita muhasabah diri kita... Kita berdoa & minta dari Allah tapi dalam masa yang sama kita bermaksiat kepada Allah..

Ada di antara kita, mengutuk Yahudi tapi dalam masa yang sama bercouple, bergaul bebas tanpa batasan dengan yang bukan muhram.. Bersentuhan & berpegangan tangan..

Sedar atau tidak, kita banyak membazir sedangkan saudara kita di Al-Quds, betapa susahnya mereka untuk mendapatkan sesuap makanan..

Kita hanya berkata bahawa rakyat Palestin itu saudara kita tapi APA YANG KITA DAH LAKUKAN UNTUK BANTU MEREKA???

Nak doa & baca qunut nazilah setiap kali solat/selepas solat pun susah..

Kalau tak tahu baca dalam bahasa Arab, tiada masalah kalau doa dalam bahasa melayu selepas solat..

Yang penting kesungguhan & keikhlasan kita dalam berdoa..

Nak boikot barangan Israel pun susah sedangkan saudara kita di Al-Quds sedang bermati-matian menentang Yahudi laknatullah..

Sedar tak sedar, banyak barangan Yahudi yang kita guna setiap hari - NESTLE, McDONALD, COCA COLA, L'OREAL, DANONE, DISNEY, SARA LEE . Maka, mulai hari ini, BOIKOTLAH BARANGAN ISRAEL!!!

MUSLIM YOUTH SUMMER CAMP (MySC)


1. SEMPENA CUTI SEKOLAH YANG BAKAL TIBA, KELAB REMAJA ISMA (KRIM) CAWANGAN IPOH AKAN MENGADAKAN MUSLIM YOUTH SUMMER CAMP (MySC) PADA 5, 6 DAN 7 JUN 2010.

2. BERTEMPAT DI KEM TOK SAKAH, TELOK SENANGIN, PANTAI REMIS, PERAK.

3. MySC INI TERBUKA KEPADA SEMUA REMAJA YANG BERUMUR ANTARA 13 HINGGA 17 TAHUN.

4. OBJEKTIF PERKHEMAHAN INI IALAH :

* Menanam kefahaman Islam yang syumul dalam diri remaja
* Menjana ikatan ukhwah dalam kalangan remaja
* Membina keyakinan diri sebagai pewaris perjuangan masa depan
* Memiliki tubuh badan yang ideal sebagai seorg muslim yang kuat

5. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI :
* Mohd Shahfi Fauzee Bin Ismail DI TALIAN 013- 5962011 atau

* Syed Salahuddin Bin Syed Ayob DI TALIAN 019- 4941338

* Atau boleh LAWATI LAMAN http://krimperak.blogspot.com


Pelbagai aktiviti menarik menanti peserta! Melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur, insyaAllah para remaja akan mendapat manfaat yang banyak dari segi jasmani mahupun rohani.

Qunut Nazilah


أللهم إنا نجعلك فى نحور أعداإنا

ونعوذبك من شرورهم

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka


اللهم بددشملهم وفرق جمعهم

وشتت كلمتهم وزلزلاقدامهم

وسلطعليهم كلبامن كلا بك

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka


يا قهار يا جبار يامنتقم

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka


يا ألله يا ألله يا ألله

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,


ويامجري السحاب

وياهازمالاٴحزاب

إهزمهم وانصرنا عليهم

Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


Bacalah doa qunut nazilah ini setiap kali solat kita. Janganlah kita lupa mendoakan saudara2 kita di Palestin. Moga Allah memberi mereka kekuatan & kesabaran. Ya Allah, temukanlah mereka dengan syahid atau menang mengatasi kaum kuffar. Amiin..

Kuatkan Semangat Juangmu, wahai pejuang agama Allah


  • Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia, Allah taala tahu betapa keras kau sudah berusaha.
  • Ketika kau sedang menangis dan hatimu terasa pedih, Allah taala telah menghitung air matamu..
  • Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menghitung sesuatu dan waktu terasa berlalu sahaja…Allah sedang menunggu di sampingmu.
  • Ketika kau fikir kau telah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, buntu fikiranmu..Allah mempunyai jawapannya.
  • Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal… dan kau merasa tertekan, Allah sentiasa bersamamu, hadirnya menenangkanmu.
  • Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu
  • Ketika sesuatu berjalan dengan lancar..dan kau ingin sekali mengucapkan syukur, Allah pun memberkatimu
  • Ketika sesuatu yang indah terjadi dan jiwamu dipenuhi ketakjuban…Allah akan tersenyum kepadamu
  • Ketika kau punyai tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah telah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu yang indah..
  • Oleh itu ingatlah wahai insan yang bergelar pejuang agama tuhan, di mana pun kau berada, Allah mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.