Sesungguhnya manusia terkadang diuji dengan kesusahan sebagaimana juga diuji dengan kesenangan. Diuji dengan kekayaan sebagaimana dia diuji dengan kemiskinan. Diuji dengan kesihatan sebagaimana dia diuji dengan kesakitan. Semua ini adalah cubaan dari Allah.
"Adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata,'Tuhanku telah memuliakanku.' Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata, 'Tuhanku telah menghinaku'. " (Surah Al-Fajr : 15 - 16)
Barangsiapa bersabar dengan ujian Allah, lalu memuji Allah, maka bererti dia telah bersyukur. Menurut Abu Thalib al-Makkiy,
"Sabar adalah keadaan dalam bencana, sedang syukur adalah dalam keadaan nikmat. Dan dalam bala itu lebih utama kerana bagi jiwa hal itu lebh berat."
Akan tetapi kita tidak boleh mengutamakan sabar atas syukur atau sebaliknya. Tetapi, yang bisa kita katakan adalah bahawa keadaan yang membuat seseorang menjadi lebih bertakwa kepada Allah, itulah yang paling utama, walaupun kedua hal tersebut harus ada pada seseorang.
Ibnu Qayyim al Jauziyah dalam perkataannya ketika ditanya tentang mana di antara keduanya yang lebih utama, kesabaran orang miskin jika sempurna atau kesyukuran orang kaya? Beliau menjawab, "Yang palng bertakwa di antara keduanya kepada Allah dalam tugasnya dan sesuai keadaannya. Sama sekali tidak dibenarkan mencari yang lebih utama selain ini. Kerana, sesungguhnya terkadang orang yang kaya lebih bertakwa kepada Allah dalam syukurnya daripada orang miskin dalam kesabarannya. Dan sebaliknya."
Syukur dan sabar merupakan kenderaan iman yang harus dimiliki oleh kita sema.
Ya Allah, limpahkanlah kesabaran ke dalam hati hambaMu ini agar hati ini sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan yang Kau berikan. Amiin...
SABAR***SYUKUR***SABAR***SYUKUR***SABAR***SYUKUR***SABAR***SYUKUR
No comments:
Post a Comment