Seronokkah
menjadi orang yang pemalas?
Orang
yang malas tidak punya cita-cita besar. Orang malas sering melihat masalah dan
tidak melihat peluang. Orang yang malas seringkali susah melakukan banyak
perkara. Orang malas meremehkan dan menagguhkan banyak perkara.
Tanya
diri sejauh mana kita dihinggap rasa malas? Rasa malas akan menguasai diri
bila...
Lebih
banyak tidur dari berbuat sesuatu perkara manfaat
Mengingatkan
hiburan dari beribadat
Suka
menghabiskan waktu secara sia-sia dari bekerja
Memenuhi
kehendak nafsu makan dari menahan diri dan belapar seketika
Seronok
menonoton tv dari membaca al-quran
Berat
dan lenguh segala fizikal kerana tiada kekuatan mental unutk bangkit
Tidak
mahu bercita-cita tinggi serta tiada azam yang jelas
Mudah
meminta tolong dari melaksanakan usaha sendiri
Banyak
menyalahkan orang lain dari diri sendiri
Tidak
bahagia dan banyak berkeluh kesah.
Jika
anda rasa malas.. ingatkan pada diri anda sedang mengulit syaitan yang ada
dalam diri. Luatkan minda dan perasaan, malas itu perlu dilawan, dengan cara
mendekati orang yang rajin, bermotivasi dan bercita-cita murni.
Malas
boleh diatasi jika diri ada kemahuan, serta ada hasrat yang inigin
dilaksanakan. Maka bila terdetik rasa malas, ingatlah kerugian yang bakal
menanti.
Berusahalah
hari ini untuk nikmat hari esok
"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang"