Monday, June 11, 2012

Jauhi Sifat Malas!!!


Seronokkah menjadi orang yang pemalas?

Orang yang malas tidak punya cita-cita besar. Orang malas sering melihat masalah dan tidak melihat peluang. Orang yang malas seringkali susah melakukan banyak perkara. Orang malas meremehkan dan menagguhkan banyak perkara.

Tanya diri sejauh mana kita dihinggap rasa malas? Rasa malas akan menguasai diri bila...

Lebih banyak tidur dari berbuat sesuatu perkara manfaat
Mengingatkan hiburan dari beribadat
Suka menghabiskan waktu secara sia-sia dari bekerja
Memenuhi kehendak nafsu makan dari menahan diri dan belapar seketika
Seronok menonoton tv dari membaca al-quran
Berat dan lenguh segala fizikal kerana tiada kekuatan mental unutk bangkit
Tidak mahu bercita-cita tinggi serta tiada azam yang jelas
Mudah meminta tolong dari melaksanakan usaha sendiri
Banyak menyalahkan orang lain dari diri sendiri
Tidak bahagia dan banyak berkeluh kesah.

Jika anda rasa malas.. ingatkan pada diri anda sedang mengulit syaitan yang ada dalam diri. Luatkan minda dan perasaan, malas itu perlu dilawan, dengan cara mendekati orang yang rajin, bermotivasi dan bercita-cita murni.

Malas boleh diatasi jika diri ada kemahuan, serta ada hasrat yang inigin dilaksanakan. Maka bila terdetik rasa malas, ingatlah kerugian yang bakal menanti.

Berusahalah hari ini untuk nikmat hari esok
"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang"

Friday, June 8, 2012

Keterkaitan Hakikat Sabar dan Syukur

Sesungguhnya manusia terkadang diuji dengan kesusahan sebagaimana juga diuji dengan kesenangan. Diuji dengan kekayaan sebagaimana dia diuji dengan kemiskinan. Diuji dengan kesihatan sebagaimana dia diuji dengan kesakitan. Semua ini adalah cubaan dari Allah. 
"Adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata,'Tuhanku telah memuliakanku.' Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata, 'Tuhanku telah menghinaku'. " (Surah Al-Fajr : 15 - 16)
Barangsiapa bersabar dengan ujian Allah, lalu memuji Allah, maka bererti dia telah bersyukur. Menurut Abu Thalib al-Makkiy, 
"Sabar adalah keadaan dalam bencana, sedang syukur adalah dalam keadaan nikmat. Dan dalam bala itu lebih utama kerana bagi jiwa hal itu lebh berat."
Akan tetapi kita tidak boleh mengutamakan sabar atas syukur atau sebaliknya. Tetapi, yang bisa kita katakan adalah bahawa keadaan yang membuat seseorang menjadi lebih bertakwa kepada Allah, itulah yang paling utama, walaupun kedua hal tersebut harus ada pada seseorang. 

Ibnu Qayyim al Jauziyah dalam perkataannya ketika ditanya tentang mana di antara keduanya yang lebih utama, kesabaran orang miskin jika sempurna atau kesyukuran orang kaya? Beliau menjawab, "Yang palng bertakwa di antara keduanya kepada Allah dalam tugasnya dan sesuai keadaannya. Sama sekali tidak dibenarkan mencari yang lebih utama selain ini. Kerana, sesungguhnya terkadang orang yang kaya lebih bertakwa kepada Allah dalam syukurnya daripada orang miskin dalam kesabarannya. Dan sebaliknya."

Syukur dan sabar merupakan kenderaan iman yang harus dimiliki oleh kita sema.
Ya Allah, limpahkanlah kesabaran ke dalam hati hambaMu ini agar hati ini sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan yang Kau berikan. Amiin... 
SABAR***SYUKUR***SABAR***SYUKUR***SABAR***SYUKUR***SABAR***SYUKUR