permata hatiku, penyejuk mata & penenang jiwaku...
anak merupakan anugerah & amanah Allah yang perlu sangat diddidik sebaik mungkin. ibu bapa lah yang akan mencorakkan apa hasilnya seseorg anak itu nanti. sangat malang bg mereka yg mengabaikan amanah ini dan sangat beruntunglah mereka yang menjaga amanah ini dengan bersungguh-sungguh.
ya Allah, aku mohon kekuatan & petunjukMu utk aku terus tegar dalam usaha mentarbiyah anak & keluargaku..
anak saya, kini usianya telah genap 14 bulan.. sudah pandai mengorak langkah, berlari & berbicara dgn bahasa yang hanya difahami olehnya, saya & abinya.. alhamdulillah..
antara perkataan2 yang sering keluar dari mulutnya : ummi, ba, nak, dah, cat, ball, dog, na, dan beberapa perkataan lagi yg x dapat dikenalpasti bunyi sebenarnya.. namun, dia sudah mampu menyebut kembali apa yang ummi & abi sebut; serta memahami arahan-arahan mudah yang diberikan misalnya, "ummi nak air", "mana kasut ziyad", "mana stokin abi?", "jom mandi", "sit down properly", "where's your ball/book/diapers?" "lets get into the car." dan beberapa arahan lain.
ini saya sertakan alamat salah satu website yg selalu saya rujuk untuk informasi ttg bayi, http://www.babycenter.com/. moga bermanfaat.
hujung minggu, saya kena selesaikan kerja rumah dengan secepat mungkin kerana nak meluangkan lebih masa dengan anak & suami. setakat ini dulu, wassalam.
No comments:
Post a Comment