Wednesday, December 30, 2009

Lawatan ke Zoo Negara

Fish!!!

Ziyad yang takut-takut dengan singa
(walaupun singa tiruan, hahaha)

Abi temankan ziyad tengok flamingo



Elephant



Wajah ceria Ziyad di Zoo Negara

Bismillah

Ahad, 13 Disember 2009.

Kami sampai ke Zoo Negara dalam jam 2.30 pm. Zoo Negara buka sampai jam 5pm je. Alhamdulillah sempat juga melawat semua binatang kecuali buaya, bukan x sempat tapi x jumpa pun kandang buaya.. hahahah..

Ziyad sangat happy hari tu. He really enjoy his day.. :)

Meet Again


Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah sekian lama tidak menulis di blog.. Hari ini tangan ini rajin pula ingin mencatat sesuatu di blog, hehhee..

Disember ini penuh dengan undangan walimatul urus.. kalau kira2, dalam a weekend tu ada sampai 3-4 walimah. Some of them, i can't make it due to vary reasons.. banyak masa dalam bulan disember ni dihabiskan dengan travel.. balik kampung, ke KL bawa my little one jalan2 sambil attend walimah.. nice month..

Teringin nak upload gambar2 lawatan ke KL.. insya Allah dalam sedikit masa lagi..
Sedikit tentang perkembangan mujahid kecil..

1. Faham setiap arahan yang ummi & abi katakan
2. Makan sendiri, refuse bila ummi nak suapkan
3. Minatnya terhadap buku makin meningkat. Dia gemar bawa buku & minta orang dewasa bacakan
4. Love to play puzzle & hide n seek
5. His most favourite book now is 'Bambi'. Before this, he love 'Clever Rabbit & Lion' book.
6. Pandai minum guna cawan sendiri
7. Latest weight is 11kg (15 months)
8. Love to sketch something on his sketch book (walaupun orang lain x faham apa yang dilakarkannya)
9. Dah boleh panggil ummi, abi & opah. Panggilan lain masih dalam progress, hehe. It's ok ziyad, take ur time. Ummi & abi know u can do it

Melihat amanah Allah ni membesar di depan mata, hati sangat berharap & sering berdoa moga Allah memberi kekuatan untuk mentarbiyah amanah ini dengan sebaik mungkin, amiinn..

Moga dirimu membesar menjadi anak yang pintar & soleh, mujahid sepanjang zaman, amiin.

Tuesday, November 10, 2009

udang goreng tepung


bismillah..

salam semua..

saya rancang nak masak udang goreng tepung untuk lunch hari ni kerana anak saya sangat gemar makan udang. bila nak start masak, sedar-sedar tepung kentucky untuk goreng udang dah habis daa.. so, kena fikirkan resepi lain laa.

saya decide nak masak udang goreng tepung jugak tapi guna resepi saya sendiri. ini resepinya :

25 ekor udang sederhana besar
1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung naik sendiri
1/2 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos tiram
garam
madu

gaulkan semua bahan tersebut dan goreng.

hmm, rasanye not bad. gambar di atas hanya sekadar hiasan.

sehingga jumpa lagi.


Monday, November 9, 2009

Lawatan ke Kedai Buku

bismillahirrahmanirrahim..

kelmarin, saya ke kedai buku. sebenarnya nak carikan kad imbas 'flashcard' huruf al Quran utk si kecil, tapi tak jumpa. susah betul nak cari flashcard huruf/kalimah alQuran. selepas cari2 x jumpa, akhirnya belikan juga 3 buah buku untuk si kecil supaya dia tak kecewa sangat. bila naik kereta, terus dia minta bacakan story book dia 'Bambi'..

pengurus kedai tu kata, bagus kenalkan anak dgn buku dari awal usia supaya nanti dia akan cinta pada buku.. YA, mmg itulah yang saya & suami cuba perkenal dan terapkan kepada buah hati kami. kalau ikut perancangan kami every month at least bawa dia ke kedai buku & beli buku minimum sekali. dah banyak dah koleksi bukunya tapi jangan dibuat koleksi sahaja. sebagai abi & ummi, kita lah yang perlu ajarkan, dampingi mereka untuk belajar dan merasa seronok untuk terus gigih belajar.

si kecil muhammad ziyad ni sekarang sudah pandai, kalau dia nak minta kita bacakan buku, dia akan datang & tunjukkan buku yang dia nak dibacakan. now, story book kegemarannya adalah story book 'clever rabbit & the lion', hadiah dari mak ngahnya.. asyik2 minta saya bacakan buku tu.

sudah pandai mengajuk perkataan2 yg kita sebut cthnya, mama, baba, dada, jaja, tata, nana, book, ball, dog, duck, car, cat, sut. pandai buat bunyi cat, duck, lion & bird. so sweet.

kalau saya tinggalkan dia dalam biliknya bersama buku2nya, dia akan mula membaca dgn gayanya yg tersendiri. tidak tahu apa yg dibebelkan tapi yang pasti dia sedang meniru pelakuan saya membaca buku. dalam peringkat umur sekarang, kanak2 memang suka dan akan meniru setiap perbuatan yang dia lihat dari orang sekeliling.

jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu tunjukkan teladan atau contoh yang terbaik untuk anak-anak kita. kalau ibu bapa suka bergaduh/bercakap kasar di hadapan anak-anak, itulah yang akan ditiru oleh mereka. tetapi, jika ibu bapa selalu membaca alQuran, buku & bercakap dgn sopan di hadapan anak-anak, itulah yang mereka pelajari dan akan dipraktikkan bila mereka bergaul dengan masyarakat kelak.

peranan ibu bapa & ahli keluarga sebenarnya amat penting dalam mendidik anak-anak kita secara tidak langsung. keluarga adalah sekolah pertama anak-anak kita, dari dalam keluarga atau rumahnya dia akan belajar cara bertutur, akhlak yang baik & buruk dan pelbagai lagi aturan yang sangat penting untuk dia di masa hadapan. jadi, ibu bapa perlulah mengawal & memantau perkembangan anak-anak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi rohani, sahsiah & sosioemosi mereka. kawal apa yang anak kita baca dan tonoton. dengan siapa mereka bergaul dan apa aktiviti yang mereka lakukan bersama kawan-kawan.

insya Allah, jika ada kawalan dan pemantau yang baik daripada ibu bapa, anak-anak akan rasa dipedulikan, dihargai dan disayangi oleh ibu bapa. jangan sesekali biarkan anak anda melakukan perkara-perkara tanpa bimbingan & perhatian daripada ibu bapa. Allahu a'lam..

Friday, October 30, 2009

permata hatiku, penyejuk mata & penenang jiwaku...

Bismillahirrahmanirrahim

permata hatiku, penyejuk mata & penenang jiwaku...

anak merupakan anugerah & amanah Allah yang perlu sangat diddidik sebaik mungkin. ibu bapa lah yang akan mencorakkan apa hasilnya seseorg anak itu nanti. sangat malang bg mereka yg mengabaikan amanah ini dan sangat beruntunglah mereka yang menjaga amanah ini dengan bersungguh-sungguh.

ya Allah, aku mohon kekuatan & petunjukMu utk aku terus tegar dalam usaha mentarbiyah anak & keluargaku..

anak saya, kini usianya telah genap 14 bulan.. sudah pandai mengorak langkah, berlari & berbicara dgn bahasa yang hanya difahami olehnya, saya & abinya.. alhamdulillah..

antara perkataan2 yang sering keluar dari mulutnya : ummi, ba, nak, dah, cat, ball, dog, na, dan beberapa perkataan lagi yg x dapat dikenalpasti bunyi sebenarnya.. namun, dia sudah mampu menyebut kembali apa yang ummi & abi sebut; serta memahami arahan-arahan mudah yang diberikan misalnya, "ummi nak air", "mana kasut ziyad", "mana stokin abi?", "jom mandi", "sit down properly", "where's your ball/book/diapers?" "lets get into the car." dan beberapa arahan lain.

ini saya sertakan alamat salah satu website yg selalu saya rujuk untuk informasi ttg bayi, http://www.babycenter.com/. moga bermanfaat.

hujung minggu, saya kena selesaikan kerja rumah dengan secepat mungkin kerana nak meluangkan lebih masa dengan anak & suami. setakat ini dulu, wassalam.

Thursday, October 29, 2009

Sekadar Sebuah Perkongsian


saya kurang mahir dalam bidang penulisan
catatan di sini sekadar utk berkongsi dengan yg sudi membaca
catatan ttg kehidupan seorang insan yang tidak begitu istimewa..
moga bermanfaat buat semua..
sila tunjuk ajar jika ada yang khilaf
salam perkenalan