Tuesday, June 1, 2010

MUSLIM YOUTH SUMMER CAMP (MySC)


1. SEMPENA CUTI SEKOLAH YANG BAKAL TIBA, KELAB REMAJA ISMA (KRIM) CAWANGAN IPOH AKAN MENGADAKAN MUSLIM YOUTH SUMMER CAMP (MySC) PADA 5, 6 DAN 7 JUN 2010.

2. BERTEMPAT DI KEM TOK SAKAH, TELOK SENANGIN, PANTAI REMIS, PERAK.

3. MySC INI TERBUKA KEPADA SEMUA REMAJA YANG BERUMUR ANTARA 13 HINGGA 17 TAHUN.

4. OBJEKTIF PERKHEMAHAN INI IALAH :

* Menanam kefahaman Islam yang syumul dalam diri remaja
* Menjana ikatan ukhwah dalam kalangan remaja
* Membina keyakinan diri sebagai pewaris perjuangan masa depan
* Memiliki tubuh badan yang ideal sebagai seorg muslim yang kuat

5. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI :
* Mohd Shahfi Fauzee Bin Ismail DI TALIAN 013- 5962011 atau

* Syed Salahuddin Bin Syed Ayob DI TALIAN 019- 4941338

* Atau boleh LAWATI LAMAN http://krimperak.blogspot.com


Pelbagai aktiviti menarik menanti peserta! Melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur, insyaAllah para remaja akan mendapat manfaat yang banyak dari segi jasmani mahupun rohani.

Qunut Nazilah


أللهم إنا نجعلك فى نحور أعداإنا

ونعوذبك من شرورهم

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka


اللهم بددشملهم وفرق جمعهم

وشتت كلمتهم وزلزلاقدامهم

وسلطعليهم كلبامن كلا بك

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka


يا قهار يا جبار يامنتقم

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka


يا ألله يا ألله يا ألله

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,


ويامجري السحاب

وياهازمالاٴحزاب

إهزمهم وانصرنا عليهم

Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


Bacalah doa qunut nazilah ini setiap kali solat kita. Janganlah kita lupa mendoakan saudara2 kita di Palestin. Moga Allah memberi mereka kekuatan & kesabaran. Ya Allah, temukanlah mereka dengan syahid atau menang mengatasi kaum kuffar. Amiin..

Kuatkan Semangat Juangmu, wahai pejuang agama Allah


  • Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia, Allah taala tahu betapa keras kau sudah berusaha.
  • Ketika kau sedang menangis dan hatimu terasa pedih, Allah taala telah menghitung air matamu..
  • Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menghitung sesuatu dan waktu terasa berlalu sahaja…Allah sedang menunggu di sampingmu.
  • Ketika kau fikir kau telah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, buntu fikiranmu..Allah mempunyai jawapannya.
  • Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal… dan kau merasa tertekan, Allah sentiasa bersamamu, hadirnya menenangkanmu.
  • Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu
  • Ketika sesuatu berjalan dengan lancar..dan kau ingin sekali mengucapkan syukur, Allah pun memberkatimu
  • Ketika sesuatu yang indah terjadi dan jiwamu dipenuhi ketakjuban…Allah akan tersenyum kepadamu
  • Ketika kau punyai tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah telah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu yang indah..
  • Oleh itu ingatlah wahai insan yang bergelar pejuang agama tuhan, di mana pun kau berada, Allah mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.

Sunday, May 30, 2010

Teluk Senangin

Tak dalam sangat airnya..


Haa.. Ziyad main pasir..


Berjalan menelusuri pantai


Macam filem hindustan



Apa yang boleh saya lakukan dengan kayu ini???


Ziyad was really having fun at Teluk Senangin last weekend..





Wednesday, May 26, 2010

Handphone hilang???

Ziyad dengan Zebranya


Ziyad siap sedia untuk solat

Pagi tadi, saya hampir pening kepala & putus asa mencari di mana handphone saya. Semua tempat yang biasa saya tempatkan handphone telah diselongkar. Namun masih belum berjumpa. Nak dimiss called, handphone dalam mode silent pula.

Esok ada perkhemahan di Telok Senangin, semua peserta perlu confirmkan kehadiran kepada saya. Jadi, saya sangat sangat sangat perlukan handphone ketika ini.. Tapi, di manakah dia???

Setelah penat mencari dalam rumah (termasuk tempat2 yang tak mungkin boleh diletakkan sebuah handphone), saya duduk bersandar sambil makan "epal Ziyad".. Ziyad yang sibuk dengan haiwan peliharaannya asyik benar nampaknya.

Saya pun berkata, "Ziyad, nampak handphone ummi tak?"

Kemudian, dia dengan lajunya berlari ke arah beg bukunya. Kemudian membuka zip dan mengeluarkan handphone saya dan berus giginya. Lalu menyerahkan handphone kepada saya dan menyimpan semula berus giginya.

"Bertuah punya anak."

Menyesal saya tidak bertanya kepada Ziyad lebih awal..

Ziyad ni, mulutnya senyap je. Tangan banyak juga projek tersembunyi.. hahaha

Tuesday, May 25, 2010

Pretend play, cuddle time


Does your toddler love to try on your shoes? Does he attempt to put on your coat, hat, or eyeglasses? By stepping, literally, into your shoes, he's showing you — and himself — that he's aware he's growing bigger and that he wants to be like you. You may also notice him pretend playing with stuffed animals and dolls. He'll take over the "parenting" role by feeding his stuffed monkey a "banana" (which is actually a yellow wooden block) or by tucking the animal under a blanket and singing it a lullaby. He may kiss the monkey's boo-boo and want to put a bandage on it. Pretend play like this is a great example of imitation, and a sign that your child is learning to empathize with others.

Many 20-month-olds are very affectionate. Yours probably likes to sit on your lap and cuddle because he knows it's a time when he has your undivided attention — something he loves. He continues to want to help you with household chores, everything from folding laundry and unpacking groceries to sweeping the kitchen floor. Of course he really wants to do these "grown-up" things without your help, even though odds are he can't yet. It may slow you down a little, but it's worth the time to find safe ways to let him assist you.

http://www.babycenter.com/0_your-20-month-olds-social-and-emotional-development-terrible_1273321.bc