Tuesday, January 5, 2010

Children Learn What They Live




"If children live with criticism, they learn to condemn
(Bila anak hidup dengan kritikan, mereka belajar untuk mengutuk)
If children live with hostility, they learn to fight
(Bila anak hidup dengan permusuhan, mereka belajar untuk melawan)
If children live with fear, they learn to be apprehensive
(Bila anak hidup dengan ketakutan, mereka belajar untuk khawatir)
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves
(Bila anak hidup dengan belas kasihan, mereka belajar membelaskasihani diri sendiri)
If children live with ridicule, they learn to feel shy
(Bila anak hidup dengan ejekan, mereka belajar menjadi pemalu)
If children live with jealousy, they learn to feel envy
(Bila anak hidup dengan iri hati, mereka belajar menjadi pendengki)
If children live with shame, they learn to feel guilty
(Bila anak hidup dengan rasa malu, mereka belajar untuk merasa bersalah)
If children live with encouragement, they learn confidence
(Bila anak hidup dengan dukungan, mereka belajar untuk percaya diri)
If children live with tolerance, they learn patience
(Bila anak hidup dengan toleransi, mereka belajar menjadi sabar)
If children live with praise, they learn appreciation
(Bila anak hidup dengan pujian, mereka belajar untuk menghargai)
If children live with acceptance, they learn to love
(Bila anak hidup dengan penerimaan, mereka belajar untuk mencintai)
If children live with approval, they learn to like themselves
Bila anak hidup dengan pengakuan, mereka belajar untuk menyukai dirinya sendiri)
If children live with sharing, they learn generosity
(Bila anak hidup dengan berbagi, mereka belajar menjadi murah hati)
If children live with honesty, they learn truthfulness
(Bila anak hidup dengan kejujuran, mereka belajar tentang kebenaran)
If children live with fairness, they learn justice
(Bila anak hidup dengan keadilan, mereka belajar menjadi adil)
If children live with kindness and consideration, they learn respect
(Bila anak hidup dengan kebaikan hati dan perhatian, mereka belajar menghargai)
If children live with security, they learn to have faith in themselves
(Bila anak hidup dengan rasa aman, mereka belajar untuk mempunyai keyakinan)
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live
(Bila anak hidup dengan rasa persahabatan, mereka belajar menemukan cinta dalam kehidupan)"

Di Taman Permainan Kanak-kanak

Bismillah..
Saya dan suami sentiasa berusaha membawa anak kami ke taman permainan kanak-kanak. Minimum sekali dalam seminggu. Kami sangat berharap ada kualitinya dalam masa yang kami luangkan untuk si cilik ini.
Di taman permainan, dia boleh bermain bersama kawan-kawan - belajar bersosial, bertolak ansur & berkenalan dengan kawan-kawan baru. Selain itu, dapat juga menyihatkan badannya, otak yang cerdas datang dari badan yang cergas. Ummi & abi pun dapatlah juga exercise di taman rekreasi tu.. =p
Kami sangat gembira melihat dia berlari & bergembira di taman permainan. Here, some photos.
Tengok ape tu? Cepatlah naik tangga tu..
Ziyad sangat suka bergayut di sini.
Sampai ummi & abi pun penat nak dukung dia.. =p

Keluar dari tunnel

Dalam tunnel

Hide and Seek

Jongkang-jongket

Lagi Foto Semasa di Zoo Negara

Ziyad loves Giraffe very much.. =p

Abi, Ummi & Ziyad

Tortoise


Mulanya berani nak tengok pony, tapi bila terpegang rambut pony, terus die tarik diri. Geli agaknya.. =)

Wednesday, December 30, 2009

Lawatan ke Zoo Negara

Fish!!!

Ziyad yang takut-takut dengan singa
(walaupun singa tiruan, hahaha)

Abi temankan ziyad tengok flamingo



Elephant



Wajah ceria Ziyad di Zoo Negara

Bismillah

Ahad, 13 Disember 2009.

Kami sampai ke Zoo Negara dalam jam 2.30 pm. Zoo Negara buka sampai jam 5pm je. Alhamdulillah sempat juga melawat semua binatang kecuali buaya, bukan x sempat tapi x jumpa pun kandang buaya.. hahahah..

Ziyad sangat happy hari tu. He really enjoy his day.. :)

Meet Again


Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah sekian lama tidak menulis di blog.. Hari ini tangan ini rajin pula ingin mencatat sesuatu di blog, hehhee..

Disember ini penuh dengan undangan walimatul urus.. kalau kira2, dalam a weekend tu ada sampai 3-4 walimah. Some of them, i can't make it due to vary reasons.. banyak masa dalam bulan disember ni dihabiskan dengan travel.. balik kampung, ke KL bawa my little one jalan2 sambil attend walimah.. nice month..

Teringin nak upload gambar2 lawatan ke KL.. insya Allah dalam sedikit masa lagi..
Sedikit tentang perkembangan mujahid kecil..

1. Faham setiap arahan yang ummi & abi katakan
2. Makan sendiri, refuse bila ummi nak suapkan
3. Minatnya terhadap buku makin meningkat. Dia gemar bawa buku & minta orang dewasa bacakan
4. Love to play puzzle & hide n seek
5. His most favourite book now is 'Bambi'. Before this, he love 'Clever Rabbit & Lion' book.
6. Pandai minum guna cawan sendiri
7. Latest weight is 11kg (15 months)
8. Love to sketch something on his sketch book (walaupun orang lain x faham apa yang dilakarkannya)
9. Dah boleh panggil ummi, abi & opah. Panggilan lain masih dalam progress, hehe. It's ok ziyad, take ur time. Ummi & abi know u can do it

Melihat amanah Allah ni membesar di depan mata, hati sangat berharap & sering berdoa moga Allah memberi kekuatan untuk mentarbiyah amanah ini dengan sebaik mungkin, amiinn..

Moga dirimu membesar menjadi anak yang pintar & soleh, mujahid sepanjang zaman, amiin.

Tuesday, November 10, 2009

udang goreng tepung


bismillah..

salam semua..

saya rancang nak masak udang goreng tepung untuk lunch hari ni kerana anak saya sangat gemar makan udang. bila nak start masak, sedar-sedar tepung kentucky untuk goreng udang dah habis daa.. so, kena fikirkan resepi lain laa.

saya decide nak masak udang goreng tepung jugak tapi guna resepi saya sendiri. ini resepinya :

25 ekor udang sederhana besar
1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung naik sendiri
1/2 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos tiram
garam
madu

gaulkan semua bahan tersebut dan goreng.

hmm, rasanye not bad. gambar di atas hanya sekadar hiasan.

sehingga jumpa lagi.


Monday, November 9, 2009

Lawatan ke Kedai Buku

bismillahirrahmanirrahim..

kelmarin, saya ke kedai buku. sebenarnya nak carikan kad imbas 'flashcard' huruf al Quran utk si kecil, tapi tak jumpa. susah betul nak cari flashcard huruf/kalimah alQuran. selepas cari2 x jumpa, akhirnya belikan juga 3 buah buku untuk si kecil supaya dia tak kecewa sangat. bila naik kereta, terus dia minta bacakan story book dia 'Bambi'..

pengurus kedai tu kata, bagus kenalkan anak dgn buku dari awal usia supaya nanti dia akan cinta pada buku.. YA, mmg itulah yang saya & suami cuba perkenal dan terapkan kepada buah hati kami. kalau ikut perancangan kami every month at least bawa dia ke kedai buku & beli buku minimum sekali. dah banyak dah koleksi bukunya tapi jangan dibuat koleksi sahaja. sebagai abi & ummi, kita lah yang perlu ajarkan, dampingi mereka untuk belajar dan merasa seronok untuk terus gigih belajar.

si kecil muhammad ziyad ni sekarang sudah pandai, kalau dia nak minta kita bacakan buku, dia akan datang & tunjukkan buku yang dia nak dibacakan. now, story book kegemarannya adalah story book 'clever rabbit & the lion', hadiah dari mak ngahnya.. asyik2 minta saya bacakan buku tu.

sudah pandai mengajuk perkataan2 yg kita sebut cthnya, mama, baba, dada, jaja, tata, nana, book, ball, dog, duck, car, cat, sut. pandai buat bunyi cat, duck, lion & bird. so sweet.

kalau saya tinggalkan dia dalam biliknya bersama buku2nya, dia akan mula membaca dgn gayanya yg tersendiri. tidak tahu apa yg dibebelkan tapi yang pasti dia sedang meniru pelakuan saya membaca buku. dalam peringkat umur sekarang, kanak2 memang suka dan akan meniru setiap perbuatan yang dia lihat dari orang sekeliling.

jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu tunjukkan teladan atau contoh yang terbaik untuk anak-anak kita. kalau ibu bapa suka bergaduh/bercakap kasar di hadapan anak-anak, itulah yang akan ditiru oleh mereka. tetapi, jika ibu bapa selalu membaca alQuran, buku & bercakap dgn sopan di hadapan anak-anak, itulah yang mereka pelajari dan akan dipraktikkan bila mereka bergaul dengan masyarakat kelak.

peranan ibu bapa & ahli keluarga sebenarnya amat penting dalam mendidik anak-anak kita secara tidak langsung. keluarga adalah sekolah pertama anak-anak kita, dari dalam keluarga atau rumahnya dia akan belajar cara bertutur, akhlak yang baik & buruk dan pelbagai lagi aturan yang sangat penting untuk dia di masa hadapan. jadi, ibu bapa perlulah mengawal & memantau perkembangan anak-anak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi rohani, sahsiah & sosioemosi mereka. kawal apa yang anak kita baca dan tonoton. dengan siapa mereka bergaul dan apa aktiviti yang mereka lakukan bersama kawan-kawan.

insya Allah, jika ada kawalan dan pemantau yang baik daripada ibu bapa, anak-anak akan rasa dipedulikan, dihargai dan disayangi oleh ibu bapa. jangan sesekali biarkan anak anda melakukan perkara-perkara tanpa bimbingan & perhatian daripada ibu bapa. Allahu a'lam..